Beregu negara sambar emas badminton Sukan Deaflympic Malaysia

Beregu wanita sambar emas badminton Sukan Deaflympic Brazil

BOON Wei Ying-Foo Zu Tung meraikan kejayaan meraih emas pada Sukan Deaflypic Brazil semalam. - IHSAN MSDEAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu badminton wanita negara, Boon Wei Ying -Foo Zu Tung menamatkan penantian 21 tahun apabila memahat sejarah meraih pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Deaflympic Ke-24 di Caxias do Sul, Brazil semalam.

Wirawati-wirawati negara itu turun ke gelanggang pertandingan dengan berbekalkan pengalaman berganding di Sukan Deaflympic  2017 di Turki.

Wei Ying-Zu Tung menewaskan beregu No. 1 dunia, Jung-Yu Fan-Yan-Ru Shen dari Taiwan yang juga naib juara Sukan Deaflympic Turki 21-14, 5-21, 21-18.

BOON Wei Ying turut meraih perak  beregu campuran bersama Edmund Teo Seng Keong.

Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam Sukan Deaflympic adalah menerusi Zana Azizul Ujang pada temasya di Rom, Itali pada 2001.

Gandingan Wei Ying bersama Edmund Teo Seng Keong turut membuat kejutan dalam acara beregu campuran dengan mendapat pingat perak.

Wei Ying-Seng Keong tewas kepada pasangan  India, Abhinav Sharma-Jevlin Jayaratchagan 14-21, 7-21 pada perlawanan akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya