Azizulhasni semakin pulih selepas jalani pembedahan jantung

Azizulhasni semakin pulih selepas jalani pembedahan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka bulan lalu.

Pemenang pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 itu disahkan mengalami masalah jantung yang jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi yang janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Azizulhasni, 34, yang menjadi sandaran pingat emas negara pada Olimpik Paris 2024 berkata, beliau telah menjalani pembedahan pembetulan selama tiga jam pada 21 April lepas untuk penyakit itu, yang membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.

Beliau akan terus menjalani pemulihan di Melbourne dan berkemungkinan hanya kembali menjalani latihan tahun depan

Ini bermakna pemenang pingat Sukan Olimpik dua kali itu terlepas Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou tahun ini, tetapi berazam untuk bersaing pada Olimpik Paris.

“Pasukan perubatan menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan secepat mungkin kerana ia adalah situasi yang mengancam nyawa. Saluran (darah) saya tersumbat dan hanya tinggal 20 peratus sahaja mengalir, memang sangat minimum, tambah pula kalau saya buat senaman berintensiti tinggi.

“Kalau saya bersara atau tak aktif pun saya masih perlu menjalani pembedahan dengan cepat kerana keadaan saya akan menjadi lebih teruk apabila saya semakin berusia. Apabila kita semakin tua, otot jantung akan makin menebal, akan menyempitkan lagi saluran yang terhimpit itu,” katanya dalam sidangakhbar secara maya di Melbourne, sebentar tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya