Andre Anura hadiahkan emas ke-22 buat Malaysia

Andre Anura hadiahkan emas ke-22 buat Malaysia

ANDRE Anura Anuar berjaya merangkul pingat emas dalam acara acara lompat kijang lelaki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar berjaya merangkul pingat emas dalam acara acara lompat kijang lelaki Sukan SEA ke-31 hari ini.

Kejayaan atlet muda kelahiran Sabah di Stadium Nasional My Dinh itu turut memastikan kem olahraga menepati sasaran lima pingat emas pada temasya kali ini yang juga emas ke-22 Malaysia.

Kejayaan itu sekali gus mengubati kedukaan atlet berumur 22 tahun itu yang sebelum ini gagal menyumbang emas acara lompat jauh serta enam lompatannya dibatalkan.

Andre Anura mencatat sejarah tersendiri dengan emas diraihnya hari ini selepas melakukan 16.51m, lompatan mengatasi catatan terbaik peribadi 16.09m dilakukan di Terbuka Malaysia Mac lepas.

Atlet Filipina Mark Harry Diones Aloto (15.87m) dan wakil tuan rumah Tran Van Dien (15.84m) masing-masing meraih perak dan gangsa manakala seorang lagi atlet negara Brendon Ting Li King (15.48m) menamatkan saingan di tempat ketujuh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya