HANOI: Hasrat penembak negara, Alia Sazana Azahari untuk melakar hatrik emas di Sukan Sea Vietnam dalam acara pistol 25 meter (m) wanita tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati dengan pingat perak.
Dalam aksi final di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi sebentar tadi, Alia Sazana tewas kepada penembak Singapura, Teh Xiu Hong iaitu lawan yang pernah ditewaskannya dua kali berturut-turut pada 2015 (Sukan SEA Singapura) dan 2017 (Sukan SEA Kuala Lumpur).
Lebih memeritkan, Alia Sazana hanya tewas satu mata kepada Xiu Hong dalam aksi final berkenaan dengan penembak negara itu mendapat 33 mata dan Xiu Hong memungut 34 mata sementara gangsa milik Tanyaporn Prucksakorn (28).-UTUSAN ONLINE