Zii Jia boleh diharapkan - Hafiz Hashim

Zii Jia boleh diharapkan – Hafiz Hashim

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim percaya, Lee Zii Jia mampu menggalas tanggungjawab sebagai kapten dalam saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand bulan depan.

Jelasnya, pemain profesional itu mampu menghadirkan mata pertama dan ia penting untuk menyuntik semangat rakan sepasukan lain untuk memenangi perlawanan seterusnya.

Bekas juara All England itu juga, percaya Zii Jia sendiri sedar dengan tanggungjawab yang digalas­nya dan akan melaksanakan sebaik mungkin.

“Saya percaya Zii Jia adalah pemain yang boleh kita harapkan. Bagi saya dia menunjukkan permainan yang konsisten.

“Walaupun masih tidak dapat meraih sebarang gelaran selepas menjuarai All England tahun lalu namun saya lihat permainannya konsisten apabila mara ke separuh akhir dan final dalam kejohanan disertai.

“Saya percaya, Zii Jia mampu menggalas tugas selaku perseorangan pertama sekali gus memberikan suntikan semangat kepada pasukan,” kata Hafiz.

Beliau ditemui ketika perlawanan amal badminton anjuran Surau Al-Abidin Perumahan Kastam WPKL antara bekas pemain kebangsaan dengan artis tanah air, malam kelmarin.

Pada kempen Piala Thomas tahun ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan New Zealand.

Hafiz yang membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2002 di Guangzhou, China, berkata, biarpun Jepun dilihat sebagai pilihan untuk menjuarai saingan peringkat kumpulan namun peluang skuad negara untuk mencipta kejutan tetap ada.

“Sudah pasti Jepun adalah cabaran terbesar buat pasukan kita dalam peringkat kumpulan, mereka memiliki pasukan yang seimbang dalam perseorangan dan beregu.

“Begitupun berdasarkan prestasi semasa pemain negara yang agak konsisten ketika ini.

“Saya fikir bukan sesuatu yang mustahil untuk kita menang ke atas Jepun dan seterusnya menjuarai saingan peringkat kumpulan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya