Woods bergelut, namun berjaya teruskan cabaran Masters

Woods bergelut, namun berjaya teruskan cabaran Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Tiger Woods sedikit bergelut dengan angin kuat di Kelab Golf Augusta Nasional pada pusingan kedua Masters, namun berjaya meneruskan cabaran.

Pemilik 15 kejuaraan utama itu mencatat dua atas par 74 hari ini, untuk mengumpul 145 pukulan keseluruhan, satu di atas par.

Legenda golf Amerika Syarikat (AS) itu bagaimanapun ketinggalan jauh dengan sembilan pukulan di belakang rakan senegara dan pendahulu, Scottie Scheffle, namun hanya empat di belakang pemain tangga kedua.

“Saya berpeluang meneruskan saingan hingga hujung minggu.

“Saya harap saya dapat memiliki tempoh yang bagus, menghidupkan harapan dan menamatkan permainan.

“Pada sembilan lubang terakhir Ahad ini apa sahaja boleh berlaku. Saya hanya perlu membawa diri ke sana,” kata Woods yang mencatat satu bawah par 71 pada pusingan pertama.

Pemain No. 1 dunia, Scheffler yang memburu kejuaraan utama pertama, mendahului lapangan dengan lapan bawah par selepas 17 lubang.

Woods yang membuat kemunculan semula 14 bulan selepas terbabit dalam kemalangan ngeri,  hanya ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu pada hari pertama.

Bagaimanapun, dia melakukan empat bogey di lima lubang pertama pada pusingan kedua.

“Ia bergelora, berangin, berputar di semua tempat.

“Saya melalui beberapa tiupan angin kencang dan melakukan beberapa pukulan yang teruk.

“Ia seperti hampir, ‘Apa lagi kesalahan yang boleh berlaku?” kata Woods yang mengejar gelaran Masters keenam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya