Stadium Camp Nou dibanjiri 91,553 penonton

Stadium Camp Nou dibanjiri 91,553 penonton

PEMAIN Barcelona meraikan kejayaan menumpaskan Real Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara Wanita di Camp Nou, Barcelona semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Barcelona memecah rekod dunia dengan kehadiran 91,553 penonton ketika menewaskan musuh ketat, Real Madrid 5-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara Wanita semalam.

Turun selaku juara bertahan, Barca mara ke separuh akhir secara agregat 8-3 untuk bertemu sama ada Arsenal atau Wolfsburg.

Apa yang menarik, bola sepak wanita di Sepanyol semakin mendapat tempat di hati peminat sama seperti pasukan lelaki mereka.

Jumlah tontonan tertinggi yang dicatat skuad wanita Barcelona sebelum ini adalah 60,739 pada 2019, iaitu ketika mereka menewaskan Atletico Madrid 2-0 di Wanda Me­tropolitano.

Dalam sejarah Liga Juara-Juara Wanita pula, rekod tertinggi pernah dicatatkan adalah 50,212 penonton dalam perlawanan antara Lyon dan Frankfurt di Munich pada 2012.

Kebanjiran penonton di stadium terbesar Eropah itu semalam memadam rekod dunia kejohanan antarabangsa iaitu 80,203 orang ketika Amerika Syarikat (AS) meraih pingat emas Sukan Olimpik di London 2012.

“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan untuk menerangkan perasaan ini.

“Menakjubkan. Setelah perlawanan tamat pun peminat tidak mahu meninggalkan stadium, luar biasa,” kata ­bintang sayap Barca yang juga pemenang ­Ballon dOr, Alexia Putellas.

Ini kali pertama skuad bola sepak wanita Barcelona bermain dalam di Stadium Nou Camp di hadapan peminat.

Skuad itu selalunya bermain di stadium yang lebih kecil se­perti Stadium Johan Cruyff, yang ha­nya memuatkan lebih kurang 6,000 orang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya