Selesaikan segera isu Kinrara Oval - MOM

Selesaikan segera isu Kinrara Oval – MOM

Kinrara Oval
GAMBAR fail 2018, di mana pemain dan orang ramai membantah pengambilalihan Kinrara Oval, Puchong bagi tujuan pembangunan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu isu Kinrara Oval diselesaikan segera dan agenda sukan kebangsaan diberi keutamaan berbanding kepentingan pihak komersial.

Menurut MOM, Kinrara Oval bukan sahaja sebuah padang kriket seperti padang-padang kriket yang lain, sebaliknya telah menjadi nadi pembangunan kriket bukan sahaja di Malaysia, malah tetapi juga di rantau Asia.

“MOM turut sama berasa sedih terhadap isu Kinrara Oval yang sedang dihadapi oleh Persatuan Kriket Malaysia.

“Kinrara Oval telah memainkan peranan penting dalam menggilap bakat-bakat muda yang seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, termasuk sejarah pencapaian pingat emas di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2017.

“Kinrara Oval juga telah diiktiraf oleh Majlis Kriket Antarabangsa dan Majlis Kriket Asia sebagai sebuah prasarana sukan kriket yang memenuhi kriteria penganjuran kejohanan-kejohanan kriket antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

GAMBAR fail 2018, di mana pemain dan orang ramai membantah pengambilalihan Kinrara Oval, Puchong bagi tujuan pembangunan.

Semalam, Persatuan Kriket Malaysia mengesahkan bahawa mereka menerima perintah mahkamah untuk mengosongkan Kinrara Oval kerana tunggakan yang tertunggak.

Persatuan itu telah diarah mengosongkan padang kriket di Bandar Kinrara, Puchong itu selepas gagal menjelaskan lebih RM1.8 juta hutang tertunggak kepada pemilik tanah, Perumahan Kinrara Berhad (PKB).

Menurut MOM, Kinrara Oval telah menjadi tuan rumah beberapa temasya dan kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA 2017, Piala Dunia Remaja, Piala Asia ACC Wanita dan banyak lagi.

“Kemampuan dan keupayaan Persatuan Kriket Malaysia sebagai pengendali Kinrara Oval tidak boleh disangkal lagi apabila mereka berjaya menerima pengiktirafan daripada Majlis Kriket Antarabangsa sebagai salah sebuah negara Tahap A pada Kad Skor di bawah kategori tadbir urus dan dianugerahkan The Best Overall Global Development Award dan The Best Spirit Cricket Award.

“Pasukan Kriket Kebangsaan Malaysia juga sedang berada di dalam prestasi terbaik ketika ini di mana pasukan Lelaki Kebangsaan berada pada kedudukan ke-33 dunia bagi format T20I dan merupakan antara lapan pasukan terbaik Asia manakala pasukan Wanita Kebangsaan pula kini berada pada kedudukan ke-32 dunia bagi format T20I,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya