Puasa tak halang Wan Arif-Haikal ke final Orleans Masters - Utusan Malaysia

Puasa tak halang Wan Arif-Haikal ke final Orleans Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beraksi dalam keadaan berpuasa tidak menghalang gandingan ‘Patatimo’, Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri- mempamer aksi cemerlang untuk mara ke final badminton Orleans  Masters di Orleans, Perancis awal pagi tadi.

Beregu muda negara itu mengetepikan pasangan tuan rumah, Eloi Adam-Julien Maio 21-18, 21-16 untuk meraih tiket final pertama mereka dalam Jelajah Dunia BWF Super 100.

Ibadah puasa di Perancis sudah bermula semalam, dan Wan Arif-Haikal yang berasal dari Terengganu dan Kelantan tetap berpuasa biarpun perlu beraksi dalam pertandingan yang amat kompetitif.

Pasangan Belanda yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Ruben Jille-Ties van Der Lecq menjadi halangan terakhir buat beregu remaja negara itu untuk memburu kejuaraan pertama malam ini.

Wan Arif-Haikal, 19, yang menghuni ranking ke-103 dunia sebelum ini mengejutkan pasangan No. 30 dunia dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior di pusingan pembukaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya