Perjalanan Tze Yong masih jauh

Perjalanan Tze Yong masih jauh

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun menggalas status pemain No. 1 dalam skuad badminton kebangsaan, namun jurang Ng Tze Yong dengan kelompok jaguh utama dunia masih jauh, kata Pengarah Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Wong Choon Hann.

Kekalahan 21-18, 13-21, 12-21 kepada pemain No. 8 dunia, Jonatan Christie dari Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Switzerland minggu lalu menyerlahkan kelemahan, terutama daripada segi fizikal yang perlu dipertingkatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Bagaimanapun Choong Hann percaya, Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-45 dunia berada di landasan terbaik untuk mengejar kelompok 10 terbaik dunia tahun ini.

Biarpun belum memutuskan skuad ke Piala Thomas di Bangkok dari 8 hingga 15 Mei, namun Tze Yong antara pemain yang hampir pasti mendapat tempat bersama jaguh No. 1 negara, Lee Zee Jia.

“Tze Yong sudah bermain di tahap terbaiknya ketika ini tetapi jelas, dia masih ada kekurangan daripada aspek kekuatan fizikal. Inilah yang kami sedang cuba pertingkatkan.

“Daripada segi taktikal, dia jelas ketinggalan di belakang pemain utama dunia seperti Jonatan, terutama pengalaman. Masih banyak yang perlu dipelajarinya tapi saya percaya, dia berada di landasan yang betul.

“Secara keseluruhan, beraksi dalam Terbuka Switzerland memberi keuntungan kepadanya. Tahun lalu, dia hanya bertanding pada kejohanan-kejohanan berstatus rendah, kini dia sudah bermain di peringkat tertinggi dengan lebih kerap,” kata Choong Hann kepada Utusan Malaysia.

Menurut Choong Hann, beliau berharap pemain kelahiran Johor itu akan menunjukkan peningkatan apabila beraksi pada Terbuka Korea yang membuka tirai Selasa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya