Pemain tenis Ukraine buntu ‘tiada tempat hendak dituju’

Pemain tenis Ukraine buntu ‘tiada tempat hendak dituju’

Tsurenko
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pemain tenis Ukraine, Lesia Tsurenko berkongsi pesanan menyedihkan di media sosial apabila mengakui ‘tidak tempat hendak dituju’ sepanjang tempoh pencerobohan Rusia di negaranya.

Pemain ranking ke-135 dunia itu menyertai pertandingan beberapa minggu ini, dengan beraksi di Indian Wells dan Miami, sebelum tersingkir dalam kejohanan di Sepanyol.

Selepas kekalahannya kepada pemain Perancis, Oceane Dodin di Marbella, Sepanyol, Selasa lalu, Tsurenko menulis di media sosial, dia tidak dapat pulang ke rumahnya di Kyiv dan tidak tahu ke maha hendak dituju.

Dalam catatannya, dia turut bercerita mengenai penderitaan yang berlaku di Kyiv dan merayu secara terbuka kepada sesiapa yang dapat memberi penempatan sementara buatnya untuk menjalani latihan menjelang musim kejohanan di gelanggang tanah liat yang akan berlangsung tidak lama lagi.

LESIA Tsurenko (tengah) buntu tiada tempat untuk berlatih dan berteduh gara-gara tidak dapat kembali ke Ukraine.

“Selepas melalui bulan yang sukar dalam hidup saya dengan sakit kepala yang berterusan, serangan panik dan rasa bersalah dengan peperangan di Ukraine, saya kini berdepan cabaran baharu.

Sebagai pemain yang menetap di Kyiv, saya tidak boleh ke mana-mana sekarang.

“Ketika ini, setiap rakyat Ukraine ada cerita ngeri masing-masing…Ke mana lagi saya patut pergi?,” katanya.

Tsurenko bukan satu-satunya pemain tenis Ukraine yang berdepan kesukaran ketika ini, rakannya, Elina Svitolina mengumumkan untuk berundur daripada menyertai sebarang kejohanan ekoran situasi di negara mereka.

Beberapa nama besar tampil untuk membantu Tsurenko iaitu Emilio Sanchez-Vicario, pengasas Akademi Sanchez-Casal di Barcelona yang pernah melatih Andy Murray dan Grigor Dimitrov. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya