Pemain Melaka United sudah terima gaji

Pemain Melaka United sudah dapat gaji

PEMAIN Melaka dijangka lebih bersemangat untuk berdepan KL City di Cheras malam ini selepas semua tunggakan gaji sudah dilangsaikan kelab semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan tiga bulan, sebaliknya hanya sebulan gaji pasukan Melaka United tertunggak dan ia sudahpun dilangsaikan semalam, tegas pemilik kelab, Datuk Seri Justin Lim.

Justin turut menafikan masalah gaji adalah punca ­prestasi skuad Sang Kancil merudum musim ini, terutama kalah 0-1 kepada Sabah dalam saingan Liga Super di laman sendiri, Selasa lalu.

“Bukan tiga bulan tetapi satu bulan sahaja dan tunggakan tersebut telah dijelaskan kepada pemain pada perjumpaan saya bersama mereka malam tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana pemain mahupun pengurusan yang mengeluarkan kenyataan palsu bakal berdepan tindakan dari kelab.

“Sudah setahun saya bina MUFC, tidak mungkin saya ingin musnahkan apa yang telah dibina bersama musim lalu, banyak wang, masa dan tenaga telah dicurahkan untuk memastikan MUFC kembali bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Saya telah nyatakan kepada pemain mahupun pengurusan mereka bakal berdepan hukuman seandainya mengeluarkan kenyataan palsu yang memberi kesan kepada kelab,” tegasnya.

Selasa lalu, pengendali Risto Vidakovic mendakwa pasukannya tidak bermaya ketika kalah 0-1 kepada Sabah di laman sendiri kerana sudah hampir tiga bulan tidak menerima gaji.

Risto Vidakovic

Bagaimanapun dengan langsainya tunggakan gaji pasukan semalam, ia diharap akan menyuntik semangat mereka untuk berdepan Kuala Lumpur City (KL City) dalam perlawanan keempat Liga Super di Cheras malam ini. 

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Melaka masih gagal melakar sebarang kemenangan selepas tumpas 1-0 kepada Petaling Jaya City (PJ City) dalam aksi pembukaan, diikuti seri 1-1 menentang Penang FC dan kalah kepada Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya