Peluang Zii Jia buru kejuaraan Asia pertama

Peluang Zii Jia buru kejuaraan pertama

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan sulung Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) berjalan sempurna apabila jaguh No. 1 negara itu melangkah ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan Weng Hong Yang dari China hari ini.

Turun sebagai pilihan ketiga, Zii Jia hanya mengambil masa 39 minit untuk menang 21-11, 21-19 di Manila.

Zii Jia yang tidak memenangi sebarang kejuaraan sejak muncul juara All England tahun lalu, berpeluang menamatkan kemarau apabila menempah pertemuan dengan jaguh Indonesia, Jonatan Christie esok.

Jonatan, pilihan keempat kejohanan mara selepas berhempas pulas menumpaskan rakan senegara, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-9, 18-21, 21-16.

AARON CHIA-SOH WOOI YIK

Pemain No. 8 dunia itu memegang rekod pertemuan 4-1 ke atas Zii Jia, namun  Zii Jia memenangi perlawanan terakhir mereka 21-15, 21-13 pada All England 2020.

Selain Zii Jia, kemaraan Malaysia di BAC, kejohanan pemanas badan terakhir sebelum Piala Thomas di Bangkok turut diteruskan pemenang pingat gangsa Sukan OIimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Beregu utama negara itu mengetepikan rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Muhd. Izzuddin Rumsani 21-13, 21-15 dalam masa 13 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya