Paulus tinggalkan Malaysia buat kali kedua

Paulus tinggalkan Malaysia buat kali kedua

PAULUS FIRMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paulus Firman menjadi jurulatih keempat dalam tempoh empat bulan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas enggan menyambung kontraknya.

Jurulatih beregu campuran negara berusia 53 tahun itu membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya berkuatkuasa esok kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya di Indonesia.

Bekas ketua jurulatih beregu wanita, Chan Chong Ming menjadi orang pertama meletak jawatan pada Disember, diikuti bekas ketua jurulatih perseorangan wanita, Indra Wijaya (Februari) dan ketua jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele bulan lalu.

Paulus mula menyertai BAM sebagai jurulatih beregu lelaki pada 2013 sebelum meninggalkan Malaysia untuk melatih pasukan kebangsaan Filipina, setahun kemudian.

Jurulatih dari Indonesia itu bagaimanapun kembali dilantik oleh BAM pada 2018, di mana dia memainkan peranan penting dalam membimbing pasangan No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melonjak ke kelompok 10 terbaik dunia.

“Selepas membuat banyak pertimbangan, saya telah memutuskan untuk tidak menerima pembaharuan kontrak.

“Bagi saya, keluarga sangat penting dan saya mahu mengambil waktu untuk berehat daripada terlibat secara langsung dengan sukan dan meluangkan lebih banyak masa dengan ibu bapan, keluarga dan anak-anak,” kata Paulus dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BAM semalam.

Dalam masa sama, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky berkata pihaknya sedang mencari pengganti dan meneruskan legasi yang telah dibawa Paulus.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Paulus atas peranan yang penting dalam membentuk beregu campuran dan beregu lelaki di BAM.

“Saya juga telah mengambil maklum bahawa Paulus mahu menghabiskan waktu bersama keluarganya di Indonesia dengan tidak lagi berkhidmat bersama kami,” katanya. 

Rexy sebelum ini pernah memberitahu, Paulus mahu menjaga ibunya di Bandung yang kini berusia 80 tahun.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya