Misi pingat dan balas dendam – Intan

Misi pingat dan balas dendam – Intan

Intan Sarah Anisah Zulgafli dalam sidang akhbar di MSN, Bukit Jalil kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad futsal wanita negara enggan ‘berputih mata’ buat kali kedua seperti dialami ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sasaran membawa sekurang-kurangnya gangsa pada Sukan SEA Hanoi, bulan depan menjadi misi utama.

Selain itu, pemain negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli turut memiliki misi tersendiri iaitu membalas dendam ke atas Vietnam selepas skuad negara dikecewakan daripada menaiki podium di Kuala Lumpur selepas tewas 1-2, untuk menghuni tangga keempat.

“Pada edisi kali ini, kami melakukan persiapan terbaik dalam memastikan impian skuad futsal menaiki podium tercapai. Pada 2017, kami mahu berada di podium tetapi ketika itu Vietnam menewaskan kami.

“Jadi, kami mahu membalas dendam pada aksi perlawanan pertama ketika menentang Vietnam nanti. Persiapan telah dibuat dan motivasi pemain pada ketika ini juga sangat baik.

“Pada tahun ini, skuad futsal negara terdiri pemain berpengalaman dan muda. Kami akan buat sebaik yang boleh pada Sukan SEA kali ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil kelmarin.

Malaysia dijadual bertemu tuan rumah, Vietnam untuk perlawanan pertama pada 10 Mei, diikuti aksi berikutnya bertemu Myanmar pada 13 Mei, Indonesia pada 15 Mei dan Thailand pada 17 Mei 2022.

Sebagai rekod pencapaian, skuad futsal wanita negara berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2013 di Myanmar tetapi sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Acara futsal wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2019 di FIlipina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya