Manchester City tawar Haaland RM2.76 juta seminggu ?

Manchester City tawar Haaland RM2.76 juta seminggu ?

Haaland
ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mendakwa tawaran yang dikemukan Manchester City untuk bintang penyerangnya, Erling Haaland terlalu tinggi dan tidak mampu ditandingi.

City dikatakan sanggup membayar gaji 500,000 pound (RM2.76 juta) seminggu dan membayar 64 juta pound (RM350 juta) untuk menebus kontrak pemain Norway berusia 21 tahun itu.

Juara Liga Perdana Inggeris itu berada pada senarai teratas untuk mendapatkan Haaland yang turut diburu oleh Barcelona, ​​Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United.

“Saya telah berputus asa untuk melihat khabar-khabar angin di media…ia membuatkan hari saya menjadi 36 jam.

“Kami pada masa ini tidak mengetahui apa-apa yang spesifik dari pihak pemain, dan tidak ada sesiapa yang mendekati kami.

“Bagaimanapun, kami tidak mampu bersaing daripada segi kewangan jika Manchester City (mengemukakan tawaran buat Haaland),” katanya.

Haaland telah menampilkan aksi menakjubkan sejak menyertai pasukan Bundesliga itu pada 2020 dengan menjaringkan 80 gol dalam 80 perlawanan, termasuk 23 gol dalam 23 penampilan musim ini.

Watzke yakin, jika Haaland meninggalkan pasukan pada musim panas ini, mereka akan mencipta bintang baharu di Dortmund seperti yang pernah mereka lakukan pada masa lalu iaitu ketika penyerang terkenal seperti Roberto Lewandowski dan Pierre-Emerick Aubame meninggalkan kelab. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya