Malaysia mahu benam Kemboja

Malaysia mahu benam Kemboja

MALAYSIA mahu membuka kempen Kejohanan Futsal AFF Futsal di Bangkok hari ini dengan kemenangan ke atas Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad futsal negara enggan memandang rendah keupayaan Kemboja menjelang aksi pertama Kumpulan A, Kejohanan Futsal AFF di Stadium Huarmark, Bangkok hari ini.

Pengendali futsal negara, Chiew Chun Yong mengakui barisan pemainnya berada di tahap terbaik selepas mengharungi lebih dua minggu kem latihan pusat dan kini tiba masa untuk mereka membuktikan keupayaan sebenar di dalam gelanggang.

“Kami telah tiba sejak Rabu lalu dan semua pemain berada dalam keadaan bersedia dan bebas daripada jangkitan Covid-19. Kini, fokus utama terarah kepada aksi pembukaan menentang Kemboja.

“Di atas kertas, sudah tentu kita menjadi pasukan pilihan dan perlu mencatatkan kemenangan tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu barisan pemain memandang rendah keupayaan pasukan lawan.

“Ini kerana kita sudah tiga tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa ekoran pandemik Covid-19 dan kita juga tidak tahu sekiranya Kemboja ada peningkatan prestasi sepanjang tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambah Chun Yong, dia turut berharap barisan pemain menggunakan peluang bertemu Kemboja sebagai medan ‘pemanas badan’ sebelum bertemu Indonesia pada aksi kedua pada Isnin nanti.

“Boleh dikatakan aksi bertemu Kemboja sebagai pemanas badan kerana kita tidak ada perlawanan antarabangsa selepas perancangan untuk berlepas awal ke Bangkok sebelum ini tidak kesampaian.

“Bagaimanapun kita tetap mengharungi empat aksi persahabatan dengan kelab Liga Premier Futsal (MPFL) sebelum ini dan barisan pemain perlu fokus bertemu Kemboja dahulu sebelum memikirkan tentang Indonesia,” katanya.

Tiga pasukan terbaik pada kejohanan Futsal AFF kali ini akan menempah slot automatik menyertai Piala Asia Futsal 2022 yang akan berlangsung di Kuwait pada September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya