Malaysia gagal ke separuh akhir

Malaysia gagal ke separuh akhir

Futsal AFF 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia gagal melayakkan diri ke separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF 2022 selepas tewas 2-4 kepada Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, sebentar tadi.

Turun dengan misi memburu kemenangan ke atas juara bertahan itu, barisan pemain Malaysia dipaksa berhempas pulas untuk mempertahankan gawang daripada dibocori sebelum Tanapol Maneepetch meledak gol pembukaan tuan rumah seawal minit ketujuh.

Begitupun, kegembiraan Thailand tidak bertahan lama selepas Farhan Khairul Anuar menjaringkan gol penyamaan selang lima minit kemudian.

 

Memasuki babak kedua, giliran anak-anak buah Chiew Chun Yong berada di depan dengan Farhan sekali lagi mengegarkan gawang tuan rumah selepas tujuh minit babak kedua bersambung.

Tuan rumah hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Sarawut Phalaphruek sebelum pemain lincah ini sekali lagi meledak gol ketiga buat pasukan pada minit ke-34.

Thailand akhirnya menghantar pulang Malaysia selepas gol keempat  dijaringkan Kritsada Wongkaeo pada minit ke-39 untuk memastikan kemenangan mutlak.

Kemenangan Thailand ke atas Malaysia memastikan mereka unggul menerajui Kumpulan A dengan 10 mata berkongsi dengan Indonesia di tangga kedua, namun perbezaan jaringan membezakan kedua-dua pasukan yang akan beraksi di pentas separuh akhir.

Malaysia pula menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan dua kekalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya