Malaysia belasah Brunei 10-0

Malaysia belasah Brunei 10-0

PEMAIN Malaysia (jersi hitam, kuning) cemerlang membelasah Brunei dalam Kejuaraan Futsal AFF di Bangkok hari ini. - IHSAN AFF/FAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas bergelut dalam dua perlawanan pertama, Malaysia menunjukkan ‘taring’ dengan membelasah Brunei 10-0 dalam perlawanan ketiga Kejuaraan Futsal AFF di Bangkok, sebentar tadi.

Kemenangan besar di Stadium Tertutup Huamark itu pastinya menyuntik semangat anak-anak buah Chiew Chun Yong untuk berdepan lawan paling sukar dalam Kumpulan A iaitu juara 15 kali, Thailand esok.

Dua jaringan Ekmal Shahrin, Sufri Shamil dan Joshua Lee Chia Chen, selain satu gol menerusi Farhan Khairul Anuar, Abu Haniffa Hasan, Aidil Shahril Rosli serta Aidil Shahril Rosli (gol sendiri) membolehkan pasukan negara mengutip mata berharga.

Malaysia sememangnya memerlukan kemenangan selesa seperti itu selepas kalah 1-5 kepada Indonesia semalam, selain menang tipis 7-6 ke atas Kemboja dalam aksi pembukaan kumpula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya