Lebih 100 akademi bola sepak buru tiket Liga Juara-Juara Remaja Milo

Lebih 100 akademi bola sepak buru tiket Liga Juara-Juara Remaja Milo

PEMAIN cilik Akademi Sukan JSA turut akan beraksi dalam edisi sulung Piala Cabaran Milo bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 100 buah akademi bola sepak seluruh negara bakal berentap untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Remaja Milo yang dijadual berlangsung pada Julai dan September tahun ini.

Semalam, Milo dengan kerjasama Akademi Sukan JSA mengumumkan penganjuran Liga Juara-Juara Remaja dan Piala Cabaran Milo yang membawa objektif mencungkil bakat bola sepak tanah air.

Semua pasukan yang bertanding perlu mengharungi pusingan kelayakan, Piala Cabaran Milo di Arena JSA, Setia Alam bermula dari 14 hingga 16 Mei depan.

Kejohanan edisi sulung itu dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu bawah lapan tahun (B-8), B-10, B-12, B-14 dan B-17, di mana 12 pasukan terbaik setiap kategori akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Remaja.

“Tujuan penganjuran Piala Cabaran Milo ialah untuk menyediakan pentas dan ruang buat pemain cilik beraksi secara kompetitif dan secara tidak langsung memacu pembangunan sukan nombor satu negara dari peringkat akar umbi.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Akademi Sukan JSA kali ini di dalam menganjurkan kejohanan buat julung kalinya tahun ini.

“Milo juga sedar ibu bapa sentiasa menekankan soal pembelajaran untuk anak-anak mereka, tetapi kami rasa ianya juga penting untuk mereka belajar dan merasai sendiri nilai-nilai di dalam bersukan yang ada untuk mereka semai dari bangku sekolah,” kata Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Kerwin Lim.

Memasuki tahun keempat sejak ditubuhkan, pemilik bersama Akademi Sukan JSA, Steven Lim amat berbesar hati untuk menganjurkan edisi sulung kejohanan.

“Ini bagaikan mimpi buat kami kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang dikenali sangat mengutamakan sukan di tanah air. Bila kita bercakap tentang Milo, ia sudah semestinya mengingatkan anda dengan sukan menarik yang dianjurkan mereka.

“Jalinan kerjasama dengan MILO pasti akan membawa elemen semangat produk minuman mereka ke dalam padang dan kejohanan ini semestinya menjanjikan saingan yang menarik untuk disaksikan. Saya pasti ibu bapa dan anak-anak mereka tidak sabar untuk bersama merasai kemeriahan kejohanan ini di Akademi Sukan JSA kelak,” tambah Steven.

Untuk mendaftar, akademi atau pasukan boleh menghubungi +6017 253 0985 atau mengisi borang pendaftaran di laman web https://forms.gle/WZEEDrt7QAB65XhM8 , atau layari laman Facebook rasmi Akademi Sukan JSA di JSA Sports Academy. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya