PETALING JAYA: Undian getir menanti skuad badminton negara dalam Piala Thomas dan Piala Uber yang berlangsung di Bangkok dari 8 hingga 15 Mei depan.
Dalam undian hari ini, skuad Piala Thomas yang bakal diketuai Lee Zii Jia, diletakkan dalam kumpulan D bersama juara 2014, Jepun, England dan New Zealand.
Kali terakhir skuad negara merangkul kejohanan berpasukan campuran itu adalah di Kuala Lumpur pada 1992.
Edisi lalu menyaksikan langkah Malaysia disekat Indonesia di suku akhir yang menyaksikan skuad Garuda itu muncul juara.
Dalam pada itu, Piala Uber pula menyaksikan skuad wanita diletakkan dalam kumpulan C bersama pasukan Thailand, Denmark dan Mesir.
Skuad muda negara menamatkan kempen Piala Uber edisi lalu tanpa kemenangan, malah kali ini dilihat Thailand dan Denmark menjadi pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan berkenaan. – UTUSAN ONLINE