Kian Meng-Pei Jing wakil tunggal ke separuh akhir

Kian Meng-Pei Jing wakil tunggal ke separuh akhir

TAN Kian Meng-Lai Pei Jing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Korea, sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kedua, pasangan No. 10 dunia itu menyingkirkan Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong dari China 21-18, 21-17  dalam suku akhir beregu campuran di Stadium Palma, Suncheon.

Kemenangan itu bakal menemukan Kian Meng dan Pei Jing dengan pilihan keenam dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari yang mara selepas menumpaskan pasangan Jepun,  Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 15-21, 21-18, 21-16.

Kejayaan mara ke separuh akhir itu merupakan rekod terbaik Kian Meng-Pei Jing tahun ini apabila hanya berjaya mara ke suku akhir dalam semua kejohanan disertai termasuk saingan seluruh England dan Terbuka Jerman sebelum ini.

LANGKAH Ng Tze Yong di Suncheon tersekat di suku akhir.

Sementara itu, empat lagi wakil negara termasuk perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei kandas dalam saingan suku akhir masing-masing.

Tze Yong kalah mudah 11-21, 12-21 kepada kepada pemain China, Weng Hong Yang, manakala langkah Jin Wei disekat pemain tuan rumah yang menghuni ranking ke-20 dunia, Kim Gaeun 15-21, 18-21.

Beregu campuran profesional negara, Ong Yew Sin-Goh Liu Ying pula kalah 14-21, 23-21, 16-21 kepada pasangan tuan rumah, Kim Wonho-Jeong Na Eun.

Yew Sin yang turut berpasangan dengan Teo Ee Yi dalam beregu lelaki kemudian tewas 19-21, 20-22 kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya