Kian Meng-Pei Jing teruskan pemburuan gelaran Terbuka Korea

Kian Meng-Pei Jing teruskan pemburuan gelaran Terbuka Korea

TAN Kian Meng (kiri) dan Lai Pei Jing menumpaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari pada separuh akhir Terbuak Korea di Suncheon, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menjejakkan kaki ke final Jelajah Dunia buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari pada separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Korea hari ini.

Beregu campuran negara itu menang 21-13, 22-20 dalam pertarungan selama 46 minit di Stadium Palma.

Turun sebagai pilihan kedua, pasangan profesional negara itu akan menentang beregu tuan rumah yang juga pilihan keempat, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam final esok.

Kian Meng-Pei Jing kini berpeluang memperbaiki pencapaian terbaik mereka muncul naib juara di Terbuka Singapura 2019.

Sung Hyun-Hye Won mara ke final selepas menumpaskan pasangan senegara, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-9, 21-15.

Berdasarkan rekod, Kian Meng-Pei Jing tidak pernah tumpas kepada gandingan Korea Selatan itu selepas dua kali bertemu dengan aksi terakhir ketika menang pusingan kedua Terbuka Denmark tahun lalu 18-21,21-18, 21-13. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya