Kehadiran Malaysia di Afrika Selatan bukan sekadar pelengkap jadual

Kehadiran Malaysia di Afrika Selatan bukan sekadar pelengkap jadual

MALAYSIA bersedia memberi tentangan sengit kepada Jerman apabila membuka kempen hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Afrika Selatan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan sekadar melengkapkan penyertaan, pemain negara sebaliknya mahu membuktikan kemampuan bersaing di pentas antarabangsa apabila membuka kempen hoki Piala Dunia Remaja Wa­nita menentang Jerman di Afrika Selatan hari ini.

Biarpun hanya lima daripada 20 pemainnya pernah beraksi di pentas antarabangsa, pengendali kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim yakin, penyertaan Malaysia di Afrika Selatan akan membuka banyak ruang kepada mereka untuk meningkatkan permainan dan taktikal.

Tidak terlalu merendah diri, Nasihin juga optimis 12 pemainnya yang pernah bertanding dalam Piala Asia di Oman, Januari lalu mampu memberi tentangan dalam kejohanan yang disertai 15 buah negara itu.

Katanya, skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan itu tidak patah semangat walaupun dua perlawanan persahabatan menentang Ukraine dan Uruguay yang dijadualkan bulan lalu dibatalkan.

“Ukraine membatalkan perlawanan di saat akhir, manakala Uruguay sampai lewat di sini, namun pada 31 Mac lalu kami sempat menjalani aksi persahabatan dengan kelab hoki tempatan, Universiti NSW.

“Memang betul, Jerman pasukan gergasi dalam liga remaja tetapi kami ada strategi untuk bertemu mereka, termasuk pada perlawanan berikutnya berdepan Wales.

“Daripada dua perlawanan ini, kami akan membentuk strategi mencuri mata bagi perlawanan akhir bertemu India nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sejak tiba di Afrika Selatan pada 28 Mac lalu, pasukan hoki remaja wanita kebangsaan telah menjalani tiga sesi latihan sebagai persiapan.

“Semua pemain dalam keadaan baik, tiada kecederaan, kami juga berjaya beradaptasi dengan kelesuan akibat tempoh penerbangan yang panjang (jet lag) dan cuaca di sini,” katanya.

Malaysia akan bertemu Jerman hari ini, disusuli Wales esok dan India Selasa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya