Jaringan minit ke-101 bawa Perak FC ke pusingan kedua Piala FA

Jaringan minit ke-101 bawa Perak FC ke pusingan kedua Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mohd. Hakimi Md. Isa muncul wira Perak FC apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu pasukannya mengatasi kelab Liga M3, Kijang Rangers FC 1-0 dalam aksi Piala FA di Stadium Perak, malam tadi.

Pemain itu mudah menolak masuk bola kmelepasi penjaga gol Kijang Rangers , Yuaiman Mt Jusoh pada minit ke-101 untuk meranapkan impian anak buah, Zahasmi Ismail melakukan kejutan.

Bos Gaurus menebus dua kekalahan dalam Liga Perdana mara ke pusingan kedua trofi kalah mati itu.

Perlawanan berlanjutan ke tambahan masa selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di akhir 90 minit permainan.

Walaupun mengamalkan pendekatan positif dengan corak hantaran dekat tapi Perak gagal mencipta banyak peluang.

Sekelumit peluang yang hadir turut gagal disudahkan oleh anak buah Yusri Che Lah.

Pelawat yang tampil dengan status selaku pasukan Liga M3, berjaya bertahan.

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan kedua-dua pasukan berusaha gigih untuk merobek kubu lawan.

Bagaimanapun ketiadaan penyudah adalah faktor masing-masing gagal memecah kebuntuan.

Begitupun kesungguhan anak buah Yusri yang berjuang sepanjang 120 minit nyata akhirnya menghasilkan ganjaran lumayan menerusi gol tunggal perlawanan Mohd. Hakimi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya