Hamilton teruja jadi sebahagian ‘pemilik’ Chelsea

Hamilton teruja jadi sebahagian ‘pemilik’ Chelsea

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui, dapat menjadi sebahagian konsortium yang membeli Chelsea adalah ‘impian’ buatnya.

Hamilton menyertai konsortium yang dibentuk Sir Martin Broughton untuk mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas ia dijual oleh Roman Abramovich.

Pemandu Mercedes itu turut disertai bintang tenis Amerika Syarikat (AS) yang juga pemilik 23 kejuaraan Grand Slam, Serena Williams.

“Chelsea salah satu kelab terbesar di dunia.

“Apabila saya mendengar tentang peluang itu, saya se­perti wow! Ini peluang hebat untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang begitu besar.

“Sir Martin meluangkan masa untuk bercakap dengan saya melalui telefon dan menerangkan kepada saya matlamat dia dan pasukannya jika mereka mahu memenangi bidaan yang sangat menarik,” kata Hamilton.

SERENA WILLIAMS

Biarpun Hamilton dikenali sebagai penyokong seteru sebandar Chelsea, Arsenal, namun dia berminat untuk menyertai projek tersebut.

Broughton turut mengajak Presiden Olahraga Dunia, Lord Coe, yang juga penyokong tegar Chelsea.

Abramovich membeli Chelsea pada 2003 terpaksa menjual kelab London itu selepas asetnya di United Kingdom dibekukan kerana mempunyai hubungan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Kelab itu kini beroperasi dengan beberapa sekatan dikenakan dalam urusniaga perniagaan, terutama melibatkan aliran wang.

“Saya adalah peminat bola sepak sejak kecil. Saya bermain dalam pasukan sekolah setiap tahun pada zaman kanak-kanak dan menyertai banyak pertandingan.

“Saya masih ingat, kakak saya menumbuk saya dan mengatakan anda perlu menyokong Arsenal, jadi sejak itu saya menjadi penyokong Arsenal.

“Begitupun, bapa saudara saya Terry adalah peminat tegar Blues dan saya telah menonton banyak perlawanan bersamanya setiap kali Arsenal dan Chelsea bermain,” kata pemandu Britain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya