Gergasi Merah mula tunjuk 'taring'

Gergasi Merah mula tunjuk ‘taring’

PEMAIN Selangor ketika meraikan jaringan menentang Kedah di Petaling Jaya malam tadi. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC akhirnya mempamerkan corak permainan yang hampir ‘sempurna’ ketika mencalarkan rekod tanpa kalah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi.

Pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata pertama musim ini dengan kemenangan 4-1, hasil dua gol ledakan Herlison Caion dan satu gol masing-masing menerusi Mukhairi Ajmal dan Nor Hakim Hassan.

Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner mengakui pasukannya telah mempamerkan corak permainan yang cukup dinamik, selain memuji Caion yang tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Malaysia (Liga M).

“Saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh Caion sejak awal musim ini dan dia telah menjaringkan lima gol keseluruhan pada kempen Liga Super.

HERLISON Caion meledak dua gol untuk membantu kemenangan selesa Red Giants.

“Secara jujur, bukan mudah untuk mana-mana pemain menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Ifedayo (Olusegun) tetapi selepas menyaksikan prestasi Caion, saya percaya dia bersedia untuk memikul tanggungjawab bergelar pemain No. 9 pasukan dengan baik.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu memuji prestasi individu semata-mata dan percaya kemenangan ini adalah hasil kerja keras semua pemain kerana bukan mudah untuk menewaskan pasukan berkualiti seperti KDA FC,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Jerman itu mahu pasukan menjadikan keputusan tersebut sebagai motivasi untuk terus mendaki carta liga selepas bermula hambar awal musim ini.

Sementara itu, bagi jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak menyifatkan kekalahan ini sebagai pengajaran berguna kepada anak buahnya selepas gagal memperagakan permainan sebenar.

“Saya terima kekalahan ini dengan tangan terbuka. Ini adalah proses pembelajaran buat mereka kerana sebahagian besar pemain yang kita letakkan kali ini adalah tonggak muda dan saya optimis kita akan bangkit pada perlawanan seterusnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya