F1 kembali ke kota ‘keseronokan’ Las Vegas

F1 kembali ke kota ‘keseronokan’ Las Vegas

PERLUMBAAN Formula Satu akan kembali kembali ke Las Vegas musim depan. – IHSAN F1
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Perlumbaan pasti amat mencabar dan ‘gila’.

Itu reaksi juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton sebaik sahaja penganjur mengesahkan Formula Satu (F1) akan kembali ke Las Vegas pada 2023.

Ini kali pertama perlumbaan berprestij itu kembali ke kota perjudian Vegas selepas 41 tahun.

Buat pertama kali juga iaitu sejak Grand Prix (GP) Afrika Selatan 1985, F1 akan diadakan pada Sabtu, berbanding Ahad seperti kebiasaan.

Perlumbaan akan berlangsung pada sebelah malam dan melalui laluan Vegas Strip yang terkenal.

Kepulangan F1 di Las Vegas diumumkan dalam majlis pelancaran mewah di atas bumbung Hotel Cosmopolitan yang menghadap ke bahagian Strip semalam.

“Ini adalah detik yang luar biasa buat F1. Ia menunjukkan daya tarikan dan pertumbuhan besar sukan kami dengan perlumbaan ketiga di AS (Amerika Syarikat).

“Las Vegas destinasi yang amat tersohor di seluruh dunia kerana layanan, keseronokan dan sudah tentu, Strip yang terkenal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden F1, Stefano Domenicali.

Perlumbaan akan berlangsung 50 pusingan pada November dan melepasi beberapa mercu tanda ikonik, termasuk air pancut Bellagio dan Istana Caesars sebagai sebahagian laluan panjang di Strip yang akan menyaksikan kereta mencecah lebih 212 kilometer sejam (km/sj).

Trek sepanjang 3.8 batu itu turut melalui MSG Sphere yang bakal dikelilingi panel neon LED apabila siap dibina.

Hentian pit dan kawasan paddock pula akan dibina di belakang pelbagai pusat peranginan terkenal.

Las Vegas pernah menganjurkan dua perlumbaan F1 pada 1980-an, namun ketika itu saingan diadakan di kawasan tempat letak kereta berbanding litar jalanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya