Chong Wei akan jadi jurulatih dihormati

Chong Wei akan jadi jurulatih dihormati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Misbun Sidek percaya, bekas anak di­diknya, Datuk Lee Chong Wei akan menjadi jurulatih disegani jika dia memilih untuk beralih ke bidang kejurulatihan dan berkelana ke luar negara.

Katanya, sebagai pemain berpengalaman, laluan untuk beralih ke bidang kejurulatihan memang layak dengan bekas ­atlet itu berdasarkan pe­ngetahuannya menganalisa corak permainan untuk menjadi pemain yang hebat.

Sebagai individu yang bertanggungjawab bekas pemain kelahiran Perak itu menjadi atlet berkelas dunia, Misbun berkata pilihan untuk ke luar negara akan memberi penghormatan dan keyakinan kepada Chong Wei sebagai langkah awalnya bergelar jurulatih.

“Bagi saya, buat masa sekarang kalau dia mahu ke luar negara, itu  satu jalan terbaik untuknya. Pertama sekali, dia akan dapat respect (penghormatan) daripada negara tuan rumah.

“Selepas dia mendapat res­pect, barulah keyakinan akan datang untuk dia mengajar. Jika dia menjadi jurulatih di sini, dia mungkin akan dibandingkan dengan jurulatih sedia ada, jadi bagus juga untuk ke luar negara dahulu,” kata Misbun.

Menurut Misbun, keputusan Chong Wei beralih ke bidang kejurulatihan juga akan menjadi ruang yang sesuai bagi melepaskan tekanan akibat penyakit yang dihadapinya.

“Dengan penyakit (barah hidung) yang dialami sebelum ini, jadi mungkin dia dapat melepaskan tekanan yang ditanggung dengan menjadi jurulatih di luar negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya