PETALING JAYA: Lee Zii Jia meneruskan misi mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas melangkah ke separuh akhir dengan menyingkirkan pemain No. 2 dunia, Kento Momota dari Jepun 21-7, 13-21, 21-11 di Birmingham, sebentar tadi.
Selepas menang mudah 21-7 di set pembukaan, beberapa kesilapan sendiri yang dilakukan Zii Jia membolehkan Momota mengheret pertarungan ke set penentuan apabila menang 21-13.
Aksi awal set ketiga berlangsung sengit, malah Momota meninggalkan perseorangan negara 10-8.
A FRIDAY THRILLER ?
This one had a bit of everything. Lee Zii Jia beats Kento Momota to reach the semi-finals. 21-7 13-21 21-11. Wow.#YAE22 pic.twitter.com/ASndwEK2Dc
— ? Yonex All England Badminton Championships ? (@YonexAllEngland) March 18, 2022
Begitupun, Zii Jia tidak lagi menoleh ke belakang sebaik sahaja menyamakan kedudukan 11-11 dan dia mengutip 10 mata berturut-turut untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-11.
Ini adalah pertemuan ke-11 buat kedua-dua pemain, di mana Zii Jia hanya meraih kemenangan ketiganya ke atas juara dunia dua kali, Momota.
Zii Jia juga mengulangi kemenangan ke atas Momota pada separuh akhir All England tahun lalu.
Menanti pemain No. 7 dunia itu pada separuh akhir esok adalah pemain India, Lakshya Sen yang menang percuma ke atas Lu Guangzu dari China.
Sementara itu, satu lagi wakil negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan turun ke gelanggang menentang pasangan No. 2 dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dalam suku akhir beregu campuran sebentar lagi. – UTUSAN