Zii Jia kalah bukan kerana tertekan - Utusan Malaysia

Zii Jia kalah bukan kerana tertekan

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia bukan kalah kerana tertekan dan dia memang sudah berada pada tahap selayaknya sebagai pemain No. 7 dunia, tegas Indra Wijaya selepas melihat anak didiknya gagal mempertahankan kejuaraan badminton All England kelmarin.

Sehari selepas cemerlang menyingkirkan jaguh No. 2 ­dunia, Kento Momota dari Jepun di suku akhir, langkah Zii Jia di Birmingham bagaimanapun di­sekat pemain berusia 20 tahun, Lakshya Sen 13-21, 21-12, 19-21 kelmarin.

Kekalahan itu bermakna, Zii Jia masih belum memenangi sebarang kejuaraan dalam 11 kejohanan yang disertai sejak kemenangan sensasinya pada All England 2021.

Kata Indra, 48, Zii Jia me­nunjukkan prestasi baik, mengeluarkan semua skil yang, namun dia kalah kepada pemain yang mempamerkan aksi luar biasa.

“Mereka berdua sudah bermain dengan amat luar biasa tetapi salah seorang harus kalah.

“Ia bukan disebabkan tekanan, Zii Jia memang sudah dipersiapkan untuk peringkat tertinggi, malah sudah berada pada standard yang sepatutnya.

“Sekarang biarkan dia belajar bagaimana hendak berdepan tuntutan cabaran yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Indra, beliau tidak tertekan apabila bersetuju untuk melatih Zii Jia sebaik sahaja pemain itu membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lalu, sebaliknya mengambil perkara itu sebagai cabaran besar.

“Saya melihat ia sebagai satu tanggungjawab besar. Pasukan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan dia bangkit selepas ini,” katanya yang akan mempersiapkan Zii Jia untuk kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500, Terbuka Korea di Suncheon dari 5 hingga 10 April. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya