Zaqhwan 'gegar' Litar Antarabangsa Chang - Utusan Malaysia

Zaqhwan ‘gegar’ Litar Antarabangsa Chang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua tahun menanti, Zaqhwan Zaidi akhirnya menaiki podium pertamanya apabila menjuarai Perlumbaan 1 Pusingan 1 pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand hari ini.

Memulakan perlumbaan kelas perdana ASB1000 dari petak utama, pelumba Honda berusia 26 tahun itu melengkapkan 13 pusingan dengan catatan masa 21 minit 04.947 saat (s), mengatasi pencabar terdekat dari Yamaha Thailand Racing Team, Anupab Sarmoon (0.524s).

Pelumba Jepun, Haruki Noguchi yang mewakili SDG Motor Sports Harc-Pro Ph melengkapkan pentas podium di tangga tempat ketiga dengan masa 21:05.480s.

“Pada awal saingan, ia sedikit sukar mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan perasaan terhadap jentera pun sedikit berbeza, namun dari semasa ke semasa saya berjaya memintas pelumba lain.

“Mungkin saya mempunyai pengalaman di sini dan mengeluarkan semua skil yang dimiliki untuk saya terus berjuang dan pada akhirnya memenangi perlumbaan,” kata Zaqhwan yang kali terakhir memenangi perlumbaan di pentas ARRC pada Perlumbaan 1 Pusingan 7 di litar yang sama pada 2019.

Sementar aitu, lagu Negaraku turut berkumandang dalam kelas Underbone 150 apabila Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan Pitsbike JRT OneWay memenangi perlumbaan.

Izzat melengkapkan Perlumbaan 1 dengan catatan keseluruhan 16:43.348s, sekali gus mengatasi pencabar terdekat dari Indonesia, Muhammad Yordan Badaru (LFN HP969 Indonesia Racing) yang ketinggalan 0.240s.

Seorang lagi pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana dari pasukan ONEXOX TKKR Racing yang menggunakan jentera Yamaha Y15 ZR berada di tempat ketiga dengan catatan16:43.942s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya