MANCHESTER: Cristiano Ronaldo diketepikan oleh Manchester United dalam pertembungan derby Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City hari ini (12.30 pagi ini waktu Malaysia) kerana kecederaan.
Pada ketika Edinson Cavani juga cedera, pengurus United, Ralf Rangnick hanya mempunyai seorang penyerang, Marcus Rashford dalam skuad.
Dia juga mempunyai pilihan untuk menurunkan Bruno Fernandes dalam aksi di Stadium Etihad itu.
Ronaldo, 37, yang merupakan penjaring terbanyak United musim ini dengan 15 gol dalam 30 penampilan, hanya terlepas satu perlawanan Liga Perdana musim ini iaitu Aston Villa pada 15 Januari kerana masalah pinggul.
Jaringan terakhir bintang Portugal itu bagaimanapun hanya hadir pada 15 Februari lalu ketika menentang Brighton pada 15 Februari.
United kini berdepan tugas getir untuk menumpaskan pendahulu liga, City yang berada pada prestasi terbaik.
Red Devils perlu menang untuk ke kembali ke kedudukan keempat yang baru dirampas Arsenal selepas kelab London itu mengalahkan Watford 3-2 sebentar tadi.
Arsenal yang turut memiliki kelebihan dua perlawanan ke atas United kini mengutip 48 mata, satu mata mengatasi Red Devils. – AGENSI