Tunku Ismail tempelak 'Bundesliga' isu Ukraine-Rusia - Utusan Malaysia

Tunku Ismail tempelak ‘Bundesliga’ isu Ukraine-Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencuri tumpuan peminat bola sepak antarabangsa apabila mempersoalkan keputusan berat sebelah yang dikenakan terhadap Rusia dalam isu pencerobohan ke atas Ukraine.

Liga Jerman (Bundesliga) dalam Instagram rasminya memuat naik status: “Tiada siapa patut hidup dengan peperangan. Kita semua di Bundesliga akan #BerdiriBersama Ukraine.”

Tunku Mahkota Johor (TMJ) kemudian meninggalkan komen: “Bagaimana dengan negara lain yang diceroboh sebelum dan baru-baru ini? Hidup mereka tidak penting? Vietnam, Syria, Iraq, Libya, Yemen, Afghanistan dan Palestin dll…(dan lain-lain). Majoriti negara ini diceroboh oleh Kuasa Barat dan beberapa penghapusan etnik.

“Kehidupan mereka tidak penting kerana warna kulit atau agama mereka? Ya, apa yang berlaku di Ukraine adalah salah. Tetapi saya diberitahu tidak ada ruang untuk politik dalam sukan. Malangnya hari ini media barat dan pertubuhan bola sepak terlalu hipokrit.”

Komen itu kemudian ditutup bersama tanda pagar #alllifematters atau semua nyawa penting.

Komen Tunku Ismail menerima lebih 800 balasan dengan 10,000 tanda suka, di mana kebanyakan peminat bola sepak dari Malaysia menyokong kenyataan tegas beliau.

Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan badan bola sepak Eropah, UEFA menggantung skuad kebangsaan Rusia dan kelab negara itu daripada menyertai sebarang pertandingan anjuran mereka seperti Piala Dunia dan Liga Juara-Juara.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine juga mendorong beberapa persatuan sukan lain menggantung Rusia, termasuk Ragbi Dunia, olahraga, tenis, bola keranjang, memanah, besbol, hoki, berbasikal, gimnastik dan banyak lagi.

Tindakan itu diambil selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyeru semua persatuan-persatuan dunia menggantung atlet Rusia dan sekutu mereka, Belarus daripada menyertai sebarang pertandingan anjuran mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya