Tukar rumput SNBJ bukan sebab JDT kalah-TMJ - Utusan Malaysia

Tukar rumput SNBJ bukan sebab JDT kalah-TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim dalam sidang akhbar selepas meninjau keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. – MINGGUAN/SHDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menukar rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bukan disebabkan Johor Darul Ta’zim (JDT) kalah kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi final Piala Malaysia tahun lalu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, semua tempat (stadium) di Malaysia ketika ini menggunakan rumput jenis Cow Grass dan JDT pada musim lalu menang semua perlawanan di tempat lawan.

“Kalau nak kata Cow Grass jadi masalah, semua tempat guna Cow Grass. Pada musim lalu, kita menang…tiada kalah di tempat lawan. Kita hanya kalah dua kali kepada Terengganu di ‘home’ dan KL City di Bukit Jalil.

“Jadi sebenarnya tiada kena mengena (tukar rumput SNBJ dengan kekalahan JDT). Kita mahu setiap pasukan dapat bermain dengan cara bola sepak moden dan dibantu kualiti padang yang terbaik.

“Jadi, saya ambil inisiatif ini untuk membantu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke SNBJ bagi melihat keadaan padang yang ketika ini menggunakan Cow Grass semalam.

KUALA Lumpur City memahat sejarah muncul juara Piala Malaysia musim lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengadakan hasratnya menaja dan menukar rumput di SNBJ adalah disebabkan JDT kalah 2-0 kepada KL City pada final Piala Malaysia 2021.

Proses Proses penanaman rumput baharu di SNBJ yang ditaja Tunku Ismail akan bermula pada Januari tahun hadapan dengan kos dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta dan akan mengambil masa empat bulan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan persiapan skuad Harimau Malaya, Tunku Ismail berkata, jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mempunyai perancangan dan komitmen yang tinggi.

“Kita tidak boleh nilai selepas lima perlawanan, kita kena beri dia masa untuk terapkan taktikal dan apa yang dia ingin lakukan dalam pasukan kebangsaan.” kata Tunku Ismail.

Dalam pada itu kata Tunku Ismail, pasukan perubatan skuad kebangsaan ketika ini juga sedang bekerjasama dengan pasukan perubatan JDT dalam aspek pemulihan pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya