Tok Gajah sekarang lebih kuat - Utusan Malaysia

Tok Gajah sekarang lebih kuat

PEMAIN Terengganu melakukan persiapan akhir semalam menjelang pertemuan menentang Pahang malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Beberapa perubahan yang dilakukan, termasuk kemasukan import baharu meletakkan Sri Pahang sebagai pencabar utama Liga Malaysia (Liga M) 2022 dan lawan sukar buat Terengganu FC malam ini.

Turut menampilkan pengendali baharu dari Perancis, Christophe Gamel, permainan Tok Gajah musim ini tampak lebih tersusun dan mengancam berbanding ketika mempamer aksi ‘cukup-cukup makan’ dalam Liga Super musim lalu.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Mohd. Nafuzi Zain percaya, berdepan Pahang dalam aksi pembukaan musim di Stadium Darul Makmur, Kuantan adalah tugas yang amat mencabar.

PAHANG mempamer aksi mantap dalam perlawanan pemanas badan bulan lalu. – IHSAN SRI PAHANG

“Kami pernah bertemu Sri Pahang dalam aksi pemanas badan baru-baru ini (menang 3-1) dan corak permainan mereka lebih tersusun sedangkan pasukan mereka belum lengkap.

“Perlawanan kompetitif sulung sentiasa sukar, semuanya bergantung kepada pemain namun saya yakin dengan pemain-pemain Terengganu untuk beri aksi yang terbaik,” katanya dalam sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di sini semalam.

Mohd. Nafuzi berkata, dia sudah memiliki bayangan kesebelasan utama untuk bertemu Sri Pahang dengan kesemua pemain bebas daripada senarai kecederaan.

“Kpah Sherman dan Kipre Tchetche sudah memiliki keserasian setelah dua tahun bersama Kedah sebelum menyertai Terengganu. Malah Tchetche juga sudah memahami corak permainan kami.

“Saya harap bahagian serangan Terengganu mempamerkan taring sebenar untuk merobek pintu gol Sri Pahang dan membantu kami membawa pulang tiga mata,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya