Pasukan China tarik diri Terbuka Switzerland

Terbuka Switzerland: Covid-19, kecederaan paksa China tarik diri

JANGKITAN Covid-19 dan kecederaan yang menimpa beberapa pemain memaksa seluruh pasukan China menarik diri daripada Terbuka Switzerland yang membuka tirai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASEL: China menarik diri daripada Terbuka Switzerland yang bermula di Basel hari ini kerana pandemik Covid-19 dan isu kecederaan, umum badam badminton dunia, BWF sebentar tadi.

“Persatuan Badminton China merekodkan beberapa kes positif, selain kecederaan dalam kalangan pemain mereka.

“Susulan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan pemain lain dalam kejohanan ini, semua pemain China menarik diri daripada Terbuka Switzerland 2022,” umum BWF dalam satu kenyataan.

China adalah kuasa sukan badminton dengan 10 kali menjuarai Piala Thomas, 15 kali juara Piala Uber dan 12 kali muncul juara Piala Sudirman (kejohanan berpasukan).

Mereka adalah negara paling berjaya di Sukan Olimpik dengan 20 pingat emas dalam sukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya