Ten Hag pilihan utama bimbing United - Utusan Malaysia

Ten Hag pilihan utama bimbing United

ERIK TEN HAG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erik Ten Hag menjadi pilihan utama untuk menjadi bos baharu Manchester United selepas satu set dokumen mengenai latar belakang calon pengurus diterima pengurusan tertinggi baru-baru ini.

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua jurulatih yang disasarkan, dengan pengendali Ajax itu dilihat menampilkan rekod terbaik.

Ten Hag dan bekas pengurus Tottenham yang kini membimbing Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino bersaing sengit untuk mengisi ‘kerusi panas’ di Old Trafford itu.

MAURICIO POCHETTINO

Bagaimanapun selepas berminggu-minggu menyusun dokumen semua calon, United mendapati jurulatih dari Belanda, Ten Hag paling layak untuk mengembalikan kegemilangan kelab sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.

United mahu membuat pengumuman sebelum penghujung musim supaya bos baharu itu boleh melakukan persiapan terbaik menghadapi musim 2022/2023.

Thomas Tuchel juga antara calon yang disenaraikan, namun mengambil kira kegawatan di Chelsea ketika ini, proses untuk mendapatkan jurulatih dari Jerman itu amat rumit.

Pengurus sementara Red Devils, Ralf Rangnick menjadi sebahagian daripada proses mengenal pasti bos baharu ketika dia bersedia untuk memainkan peranan sebagai perunding pada penghujung musim.

United percaya pelantikan Ten Hag, 52, bukan sahaja akan membantu menarik pemain tetapi juga mengekalkan beberapa mereka yang dalam situasi tidak menentu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya