'Tak realistik nak bandingkan Budak Rumah Murah dengan JDT'

‘Tak realistik nak bandingkan Budak Rumah Murah dengan JDT’

AZMEER Yusof dalam video di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Budak Rumah Murah (BRM) FC, Azmeer Yusof berkata, tidak adil untuk mempersendakan kekalahan besar pasukannya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menurunkan hampir skuad terbaik dengan bintang import dan naturalisasi ketika berdepan kelab amatur seperti mereka pada pusingan pertama Piala FA kelmarin.

Katanya, berdepan pasukan Liga M3 yang 100 peratus dibarisi pemain tempatan, malah tidak sempurna persediaannya (amatur), ini waktu terbaik buat Harimau Selatan menurunkan pemain-pemain tempatan mereka.

Kata Azmeer, yang menjawab sindiran seorang peminat selepas pasukannya dibelasah 10-0, dia tidak malu dengan kekalahan di Stadium Sultan Ibrahim itu kerana sedar BRM FC terlalu kerdil dibandingkan JDT yang memiliki bajet tahunan berpuluh juta ringgit, membariskan ramai pemain bertaraf bintang dengan  gaji besar hingga ada yang mencecah enam angka.

BRM yang baru setahun jagung ditubuhkan hanya bersaing dengan pasukan-pasukan amatur dalam Liga M3 dan hanya mempunyai bajet RM500,000 hingga RM600,000 setahun.

“Cubalah bersikap realistik, kami pasukan M3 dan JDT satu pasukan besar dalam Liga Malaysia, kelab Liga Super pun kalah kepada mereka, apa yang kamu jangkakan daripada kami?

“Bajet pun dalam RM500,000 hingga RM600,000 setahun, sedangkan bajet JDT setahun tak silap hampir puluhan juta.

“Kami dapat main di padang JDT pun sudah satu rahmat, itu kami jadikan satu pengalaman. Walaupun kena 10-0 atau 20-0 tetapi pada saya tidak adillah, turunkan segala pemain import dan naturalisasi, sedangkan kami pemain yang tidak cukup pengalaman.

“Pada saya beginilah, lawan dengan pasukan Liga M3 yang 100 peratus pemain tempatan, waktu beginilah patutnya jurulatih kau orang (JDT) turunkan pemain-pemain tempatan JDT tapi ntah nak buat macam mana.

“Saya tidak boleh komen, bab-bab pemain import dan naturalisasi, itu taktikal jurulatih. Kami sudah bagi yang terbaik, kami tak ‘parking’ bas guna game play (permainan) sendiri.

“Kami sudah bagi yang terbaik, tak payah cakap lawaklah BRM ini yang kena 10-0 dengan JDT.

BIARPUN berdepan pasukan terkuat dalam Liga Malaysia, BRM (baju kuning) tidak mengamalkan permainan ‘parking’ bas.

“BRM FC baru setahun jagung. Sabarlah, tak tahu nak cakap mana, memang tak masuk logik akal nak komen (bandingkan) macam ini. Bukan masalah tak boleh terima atau tidak terima, saya terima kekalahan semalam.

“Cuba bersikap realistik, kau orang punya stadium pun puluhan juta gaji pemain seorang lima atau enam angka nak bandingkan dengan kami,” katanya ketika membalas sindiran seorang peminat gara-gara kekalahan besar mereka.

Dalam aksi tersebut, bintang penyerang import JDT, Fernando Forestieri meledak hatrik, manakala tujuh lagi gol Harimau Selatan disempurnakan Safiq Rahim, Safawi Rasid, Mauricio, Moussa Sidibe, Daryl Sham, Mohamadou Sumareh dan Danial Amier Norhisham. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya