Skuad Piala Presiden Perak dapat talian hayat - Utusan Malaysia

Skuad Piala Presiden Perak dapat talian hayat

KHAIRUL Shahril Mohamed (tiga dari kanan) menyerahkan watikah pelantikan pengurus-pengurus pasukan Sukma Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Skuad Piala Presiden Perak FC yang dilanda kemelut kewangan mendapat talian hayat apabila diletak di bawah jagaan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.

Ini sebagai usaha untuk mempertahankan ibu segala pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) XX 2022 di Kuala Lumpur, Julai nanti.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed di sini hari ini.

Pengumuman Shahril itu pastinya merupakan berita paling dinantikan pemain skuad itu yang tenggelam punca kerana sudah tidak menerima gaji selama dua hingga empat bulan.

Berikutan masalah itu, Gabungan Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) dengan kerjasama Kelab Gendang Perak mengambil inidiatif mengutip derma serta mengedar bantuan makanan kepada pemain-pemain baru-baru ini.

KHAIRUL SHAHRIL MOHAMED 

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Perak FC untuk meletakkan pasukan Piala Presiden di bawah MSN untuk menghantar mereka ke Sukan Malaysia.

“Perak adalah juara tiga tahun berturut-turut acara bola sepak dan kita mahu mempertahankan kali ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelantikan pengurus-pengurus pasukan Sukma Perak di sini hari ini.

Khairul berkata, MSN akan memberi penginapan, makan dan elaun kepada pemain Piala Presiden sepanjang berada di bawah jagaannya nanti.

Menurutnya, pasukan itu kini sedang bercuti dan pemain akan masuk ke asrama MSN sekembalinya daripada bercuti.

Berikutan itu, Khairul berharap pemain bertenang dan melupakan masalah mereka dan memberi tumpuan terhadap misi baharu mereka itu.

“Sekarang mereka ada tugasan penting. Sebelum ini mereka turun berlatih tanpa sebarang tujuan selepas tidak dibenarkan menyertai Piala Presiden tahun ini.

“Lebih penting nasib mereka kita terbela di bawah jagaan MSN ” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya