Selangor berpesta gol belasah Harini - Utusan Malaysia

Selangor berpesta gol belasah Harini

PEMAIN Selangor meraikan kejayaan menumpaskan Harini FT dalam aksi Piala FA. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti dijangka, Selangor bukan tandingan kelab Liga M3, Harini FT apabila berpesta gol 6-0 dalam aksi pembukaan Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Penyerang import baharu Red Giants, Herlison Caion dan Hyuri Henrique meneruskan rentak cemerlang apabila membuka dua gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-17 dan 29.

Kapten Selangor, Safuwan Baharudin turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-42 untuk Red Giants mendahului 3-0 di separuh masa pertama.

Tidak sampai seminit selepas babak kedua bersambung, Syahir Bashah menambah derita Harini dengan meledak gol keempat Selangor sebelum Caion melengkapkan hatrik apabila menambah dua lagi jaringan pada minit ke-63 dan 67. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya