‘Saya selamatkan berjuta wang rakyat’ - Utusan Malaysia

‘Saya selamatkan berjuta wang rakyat’

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Hasrat pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bermurah hati menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyelamatkan jutaan ringgit duit rakyat.

Tunku Ismail berkata, kos penanaman rumput jenis Zeon Zoysia tidaklah menelan kos yang tinggi seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak.

Tambahnya, penggunaan rumput jenis itu bagi menggantikan Cow Grass di SNBJ adalah lebih baik dan sudah terbukti apabila JDT turut menggunakan rumput yang sama di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

“Ia sudah terbukti ketahanan rumput jenis Zeon-Zoysia tak perlulah nak buat kajian sendiri. Orang nak bagi, terima sahajalah, jika tak (mahu) saya tak rugi apa pun.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah rumput di stadium berkenaan.

“Jika ada sesiapa yang kata kos untuk buat padang bola adalah RM7 juta atau RM10 juta, nampak sangat menipu, cerita karut. Kos menaik taraf padang ini tak sampai RM1 juta, saya sudah selamatkan jutaan ringgit duit ­rak­yat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT kelmarin.

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Tunku Ismail akan mengadakan lawatan ke SNBJ bagi meninjau keadaan di stadium tersebut hari ini.

Kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), penanaman rumput tersebut akan dilakukan secepat mungkin setelah mendapat kelulusan daripada kementerian.

Tunku Ismail menjelaskan kos pasang baharu itu menelan kira-kira RM900,000 dan akan mening­kat kepada RM1.4 juta jika tidak dilengkapi dengan sistem perparitan di stadium selain kos selenggara pula adalah sekitar RM200,000 sahaja setahun.

Selain melakukan penanaman rumput di SNBJ, Tunku Ismail turut akan melakukan perkara sama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan di pusat latihan JDT.

“Untuk penambahbaikan di Stadium Larkin, kita tak sempat buat sebelum saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang membabitkan Kumpulan I dan proses berkenaan hanya akan dilakukan selepas saingan ACL,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya