'Saya ikhlas nak bantu tukar rumput Bukit Jalil' - Utusan Malaysia

‘Saya ikhlas nak bantu tukar rumput Bukit Jalil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, tiada apa yang boleh dilakukan jika tawaran yang diberikan untuk menaja kos menukar rumput Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) ditolak oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, beliau tetap akan melawat SNBJ pada 19 Mac depan untuk berkongsi mengenai padang baharu.

“Niat saya ikhlas untuk membantu. Rumput Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim sudah terbukti. Tetapi kalau tidak diterima, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Saya juga akan melawat SNBJ pada 19 Mac. Saya akan kongsikan kos untuk padang baru, dan kos penyelenggaraan setahun tidak melebihi RM240,000,” katanya di Instagram.

SURAT yang dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan.

Tunku Ismail turut berkongsi surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkenaan hasrat untuk menampung kos pertukaran rumput daripada Cowgrass kepada Zeon Zoysia.

Dalam surat tersebut, TMJ turut mencadangkan agar Syarikat Sports Turf Solution Sdn. Bhd. diberi tanggungjawab bagi proses penanaman dan penjagaan rumput di SNBJ seperti yang dijalankan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Tunku Ismail sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menanggung kos pertukaran padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan rumput jenis Zeon Zoysia yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya