Sarawak bermula langkah kiri - Utusan Malaysia

Sarawak bermula langkah kiri

Ronald Ngah Wanja meraikan jaringannya ketika membantu Kedah menumpaskan Sarawak United 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendatang baharu Liga Super, Sarawak United bermula langkah kiri dalam aksi pembukaan selepas tumpas 0-1 kepada naib juara musim lalu, Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.

Biarpun memberi tentangan kepada Kedah yang jelas jauh lebih berpengalaman, namun anak-anak buah B. Satiananthan terpaksa akur dengan jaringan tunggal Ronald Ngah Wanja pada minit ke-17.

Skuad The Crocs bermain agresif di awal permainan dan melancarkan beberapa percubaan bahaya ke gawang lawan, terutama menerusi sepakan bebas Lee Chang Hoon pada minit ketiga yang terpaksa ditepis Shahril Sa’ari.

Begitupun, Sang Kenari mula menyusun permainan di pertengahan perlawanan dan Wanja berjaya mencetak nama sebagai penjaring hanya dalam penampilan sulung Liga Super.

Penyerang kelahiran Cameroon itu menyudahkan bola lantun hasil tandukan Jang Suk Won yang terkena tiang.

Bersambung babak kedua, ketumpulan penyudah menyaksikan peluang menerusi peluang Sarawak untuk menyamakan kedudukan terutama menerusi Chang Hoon dan Christie Jayaseelan tidak kesampaian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya