‘Robot’ Putrajaya idam tiga terbaik Piala Juara-Juara - Utusan Malaysia

‘Robot’ Putrajaya idam tiga terbaik Piala Juara-Juara

PUTRAJAYA Cyborg memasang misi besar untuk menempatkan diri dalam kedudukan tiga terbaik Piala Juara-Juara musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Biarpun hanya pendatang baharu dalam Liga Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), namun Putrajaya Cyborg memasang misi besar untuk muncul sebagai tiga pasukan terbaik Piala Juara-Juara STL 2022 apabila membuka kempen dengan menentang Penang Black Panthers hari ini.

Melihat kepada prestasi baik pasukannya dalam saingan Premier, pengurus pasukan, Shahzan Ismail optimis sasaran mampu dicapai walaupun turut diletakkan dalam

Kumpulan B bersama juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder.

“Dalam aksi liga sebelum ini, kita berjaya mengejutkan Penang Black Panthers apabila menang 2-0 dan memberi tentangan hebat kepada KL Thunder.

“Itu membuktikan kita mampu memberi saingan, peluang itu tetap ada. Paling penting, pemain perlu fokus dan kurang melakukan kesilapan yang memberi kelebihan pada lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

TEKONG Perak Bison, Meor Zulfikar Mat Amin akan menguatkan cabaran Putrajaya Cyborg dalam Piala Juara-Juara.

Shahzan berkata, persiapan pasukan dalam penampilan kedua Piala Juara-Juara berjalan lancar, terutama dengan kemasukan tekong terbaik STL 2021/2022, Meor Zulfikar Mat Amin yang dipinjam dari Perak Bison.

Meor Zulfikar akan membentuk gandingan bersama Suhairi Sulaiman (apit kanan) dan Muslim Ramli (perejam).

Putrajaya Cyborg juga mendapat khidmat tekong berpengalaman dan bekas pemain kebangsaan, Noor Azman Abdul Hamid untuk memperkuatkan pasukan.

“Sasaran untuk terus kekal dalam Liga Premier buat pertama kali sudah tercapai dan kini tumpuan kita terarah kepada Piala Juara-Juara.

“Alang-alang sudah layak, kami mahu menjadi tiga pasukan terbaik. Harap tuah memihak kepada Kita,” ujarnya.

JADUAL PENUH PIALA JUARA-JUARA STL 2022

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya