Rizal boleh digantung, denda RM25,000 - Utusan Malaysia

Rizal boleh digantung, denda RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertahanan Sabah, Rizal Ghazali berisiko me­nerima hukuman berat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika terus menolak panggilan menyertai skuad kebangsaan.

Kes berkenaan, bagaimanapun hanya boleh dipanjangkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas tarikh rehat antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula 21 Mac ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar menjelaskan, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pemain berusia 29 tahun itu.

“Kalau macam Syahmi (Safari) saya ada terima surat daripadanya tetapi untuk kes ini (melibatkan Rizal), saya hanya dimaklumkan oleh jurulatih.

“Jika sehingga tarikh itu (rehat antarabangsa FIFA) dia masih tidak hadir, kita akan bawa ke Jawatankuasa Tatatertib untuk sebarang tindakan yang perlu diambil.

“Sebenarnya, kita boleh ambil tindakan jika dia tidak hadiri kem latihan kebangsaan pada tarikh FIFA tetapi ketika ini bukan lagi tarikh FIFA dan kita kena tunggu dulu,” katanya.

HARIMAU Malaya menjalani latihan pertama di bawah Kim Pan Gon.

Ketika ditanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan kepada pemain yang gagal mengemukakan sebab kukuh bagi menolak pelawaan pasukan negara, Saifuddin berkata, seseorang pemain boleh dikenakan hukuman denda RM25,000 atau digantung.

Begitupun, keputusan hanya boleh dibuat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Usaha Utusan Malaysia ­untuk mendapatkan reaksi Rizal bagaimanapun gagal selepas panggilan telefon tidak dijawab dan mesej tidak dibalas.

Terdahulu, FAM mengesahkan yang Rizal menolak panggilan menyertai skuad kebangsaan dan mengikut perancangan asal, FAM menggantikan Syahmi.

Bagaimanapun, FAM kelmarin mengumumkan pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee dipanggil me­lapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bagi menggantikan Syahmi yang memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.

“(Untuk pengecualian, kalau ada kecederaan pun, kita kena dapatkan surat daripada doktor dan doktor FA akan mengesahkan kecederaan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya