PSM lunas 'hutang' AS$15,000 kepada Astaf - Utusan Malaysia

PSM lunas ‘hutang’ AS$15,000 kepada Astaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak AS$5,000 (RM63,886.25) kepada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) selepas tidak menerima sebarang maklumbalas berkenaan permohonan pengurangan kos tersebut.

Semalam, PSM telah memohon pengurangan denda daripada Astaf sebanyak 50 peratus, namun sehingga pukul 2 petang tadi, Astaf masih tidak memberikan maklumbalas.

Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, PSM akan mempertimbangkan kelulusan untuk menerima kembali PSM sebagai ahli gabungan Astaf selepas bayaran tersebut telah diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

“ PSM telah membuat bayaran penuh kepada Astaf berjumlah AS$15,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“PSM berharap dengan pembayaran tersebut, Astaf akan mempertimbangkan kelulusan kemasukan PSM sebagai ahli gabungan Astaf sebagaimana permohonan yang telah dibuat oleh PSM pada 28 Februari 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

PSM yakin dengan kelulusan tersebut akan memberikan kesan menang-menang kepada kedua-dua pihak, selari dengan hasrat dan objektif utama kedua-dua pertubuhan iaitu kemajuan dan pembangunan sukan sepak takraw di Malaysia dan Asia amnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya