Portugal di tempat selayaknya – Ronaldo - Utusan Malaysia

Portugal di tempat selayaknya – Ronaldo

Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo bakal memahat sejarah beraksi dalam lima edisi Piala Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO: Cristiano Ronaldo percaya, Portugal berada di tempat sepatutnya selepas dua jaringan Bruno Fernandes membawa mereka melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali keenam berturut-turut semalam.

Kemenangan 2-0 ke atas Macedonia Utara di Porto memastikan juara Eropah 2016 itu berjaya mengelak malang yang menimpa Itali sebelum ini, sekali gus membolehkan Ronaldo membuat penampilan kelima pada kejohanan berpestij itu.

Bintang Manchester United itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Portugal atas sokongan tanpa jemu kepada pasukan kebangsaan.

“Matlamat tercapai, kami berada di Piala Dunia Qatar.

“Kami berada di tempat yang sepatutnya! Terima kasih kepada semua rakyat Portugal atas sokongan tanpa jemu! Mari pergi Portugal!,” kata Ronaldo di laman Instagram selepas membantu Portugal mara ke Piala Dunia buat kali kelima dalam kariernya.

BRUNO Fernandes meledak dua gol buat Portugal.

Ronaldo telah bermain di setiap Piala Dunia sejak 2006, dan bintang Manchester United itu memastikan rentak itu akan berterusan ketika dia membantu Portugal mengatasi Macedonia Utara 2-0.

Dalam perlawanan itu, ­Ro­naldo dan Diogo Jota mencipta gerakan untuk dua gol yang ­disempurnakan Fernandes.

Ronaldo sudah bermain dalam 17 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol sepanjang kariernya di Piala Dunia.

Dia menjaringkan empat daripada gol tersebut dalam Piala Dunia 2018 dan menjaringkan hatrik ketika menentang Sepanyol di peringkat kumpulan.

Penyerang berusia 37 tahun itu kini bersedia untuk menyertai kumpulan pemain yang telah berjaya tampil di lima Piala Dunia dalam sepanjang karier mereka seperti Lothar Matthaus dari Jerman, Rafa Marquez dan Antonio Carbajal dari Mexico dan Gianluigi Buffon dari Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya