Pilih atlet berdasarkan merit - Ahmad Faizal

Pilih atlet berdasarkan merit – Ahmad Faizal

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Menteri Belia dan Sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan pentadbir dan pemimpin sukan agar memilih atlet terbaik untuk membawa cabaran negara di pentas antrabangsa.

Kata Ahmad Faizal, beliau mengikuti rapat isu pemilihan akuartet 4×100 meter (m) wanita ke Sukan SEA Vietnam, Mei depan.

Katanya, berdasarkan situasi terkini, terdapat empat pelari pecut wanita berjaya menghasilkan catatan di bawah 12 saat (s) dalam acara 100 meter dan selayaknya dipilih.

“Zaidatul Husniah Zulkifli mencatat masa terbaik 11.62s, diikuti Nor Sarah Adi (11.89s), Azreen Nabila Alias (11.90s) serta Fatin Ilyana Mat Nayan dengan catatan 11.97s.

“Seharusnyalah prestasi terbaik pada masa kini menjadi ukuran utama untuk pemilihan atlet-atlet ini ke Sukan SEA nanti,” kata Ahmad Faizal dalam kenyataanya.

Peringatan Ahmad Faizal itu berikutan tindakan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang tidak menyenaraikan Fatin Ilyana ke temasya Sukan SEA Vietnam pada Mei depan.

AHMAD FAIZAL AZUMU

KOM menyenarai Zaidatul Husniah, Nor Sarah, Azreen Nabila, atlet berumur 33 tahun S. Komalam Shally (12.012s), Siti Fatimah Mohamad (12.019s) yang berumur 36 tahun dan Nur Aishah Rofina Aling (12.06s)

Menurut Ahmad Faizal, beliau memahami bahawa Persatuan Sukan Kebangsaan mempunyai kata putus dalam penyertaan atlet-atlet di bawah kategori B ke Sukan SEA dan siapa atlet yang mereka pilih.

Bagaimanapun katanya, prinsip pemilihan harus berdasarkan kepada merit pencapaian seseorang atlet.

“Sekiranya Persatuan Sukan Kebangsaan mempunyai strategi-strategi tertentu di sebalik pemilihan seseorang atlet, ianya patut diperjelaskan kepada atlet dan umum untuk mengelak daripada salah faham dan timbulnya pelbagai spekulasi tidak enak.

“Saya berharap KOM dan semua Persatuan Sukan Kebangsaan memperhalusi semua aspek ini dan mengambil keputusan terbaik demi kejayaan kontinjen Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya