Perak FC mungkin bertukar milik - Utusan Malaysia

Perak FC mungkin bertukar milik

PERAK FC akan kembali ke Liga Super musim depan tanpa mengira apa berlaku dalam Liga Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tidak sampai lima bulan, Perak FC mungkin bertukar pemilik kerana sedang dalam proses dijual dalam minggu hadapan.

Menurut kenyataan akhbar kelab itu, Pengerusi Eksekutifnya, Khairul Nizam Mahmood dilaporkan memberitahu kelab penyokong, beliau bercadang menjual Kelab itu berikutan tekanan daripada pemain dan penyokong.

Menurut kenyataan itu, Perak FC menjadi milik Impact Media & Communication (IMC) yang memiliki 100 peratus sahamnya pada Disember 2021.

Bagaimanapun sepanjang tempoh bersama pasukan the Bos Gaurus,. IMC mengalami tekanan berikutan krisis kewangan dalam Bulan Januari.

Berdasarkan perbincangan dan penilaian awal bakal pemilik, IMC dijangka bersetuju dengan tawaran dibuatkan.

Bagaimanapun, katanya prosedur selanjutnya bergantung kepada cadangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang akan dimaklumkan mengenai tawaran itu.

IMC akan menyerahkan segala tugas-tugas eksekutifnya yang akibat krisis banyak tertumpu kepada mencari dana dan mengenal pasti pelabur untuk memilki kelab ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya